Thursday, 7 March 2013

Tentang Komputer

Pengetahuan Tentang Komputer

Sejak berumur 12 tahun saya menggunakan komputer, saya dapat mengetahui pelbagai faedah menggunakan komputer dan cara berjinak dengan komputer. Komputer memainkan peranan penting dalam hidup seseorang kerana ia akan melibatkan kerja harian seseorang. Komputer juga dikenali sebagai 'PC' iaitu bermaksud Personal Computer bagi memudahkan sesuatu pekerjaan. Bagi pendapat saya, komputer ini boleh digunakan untuk menghasilkan suatu kerja dengan cepat dan mudah. Tambahan pula, di dalam era teknologi sekarang yang semakin berkembang tentang komputer.

Selain itu, dengan adanya komputer yang mengunakan jalur lebar, kita dapat mengunakan komputer dengan lebih meluas seperti berkomunikasi dengan rakan-rakan walaupun jaraknya jauh 7 lautan. Pada zaman teknologi ini juga kita dapat lihat mesin komputer sebesar-besarnya dahulu dan kini semakin mengecil dengan pelbagai bentuk.

Oleh itu, penggunaan komputer sangat penting bagi individu untuk menjalankan tugas. Tanpa menggunakan komputer kerja akan menjadi perlahan dan tidak berkembang maju.

Sofware yang pernah digunakan :

  • Microsoft Office
  • Microsoft Windows

Penggunaan komputer sehari

Saya menggunakan komputer dalam 8 jam sehari itu pun kalau masa lapang banyak. Masa 8 jam itu saya menggunakan komputer untuk mencari bahan rujukan, melayari laman sosial seperti Facebook atau Twitter dan bermain permainan Online. Tapi apabila adanya kerja yang perlu saya lakukan tanpa menggunakan komputer, saya akan menggunakan komputer dalam masa 5 jam untuk hari tersebut.

Kadar pengetahuan tentang komputer

Kadar pengetahuan saya tentang komputer hanya 85% kerana tidak sepenuhnya saya mengetahui tentang komputer. Saya perlu berlajar dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui tentang komputer supaya lebih mahir dalam menggunakan komputer dengan pelbagai kerja yang harus dilakukan sebagai seorang pelajar.