DCMM 102
Sunday, 14 April 2013
Thursday, 7 March 2013
Tentang Komputer
Pengetahuan Tentang Komputer
Sejak berumur 12 tahun saya menggunakan komputer, saya dapat mengetahui pelbagai faedah menggunakan komputer dan cara berjinak dengan komputer. Komputer memainkan peranan penting dalam hidup seseorang kerana ia akan melibatkan kerja harian seseorang. Komputer juga dikenali sebagai 'PC' iaitu bermaksud Personal Computer bagi memudahkan sesuatu pekerjaan. Bagi pendapat saya, komputer ini boleh digunakan untuk menghasilkan suatu kerja dengan cepat dan mudah. Tambahan pula, di dalam era teknologi sekarang yang semakin berkembang tentang komputer.
Selain itu, dengan adanya komputer yang mengunakan jalur lebar, kita dapat mengunakan komputer dengan lebih meluas seperti berkomunikasi dengan rakan-rakan walaupun jaraknya jauh 7 lautan. Pada zaman teknologi ini juga kita dapat lihat mesin komputer sebesar-besarnya dahulu dan kini semakin mengecil dengan pelbagai bentuk.
Oleh itu, penggunaan komputer sangat penting bagi individu untuk menjalankan tugas. Tanpa menggunakan komputer kerja akan menjadi perlahan dan tidak berkembang maju.
Sofware yang pernah digunakan :
- Microsoft Office
- Microsoft Windows
Penggunaan komputer sehari
Saya menggunakan komputer dalam 8 jam sehari itu pun kalau masa lapang banyak. Masa 8 jam itu saya menggunakan komputer untuk mencari bahan rujukan, melayari laman sosial seperti Facebook atau Twitter dan bermain permainan Online. Tapi apabila adanya kerja yang perlu saya lakukan tanpa menggunakan komputer, saya akan menggunakan komputer dalam masa 5 jam untuk hari tersebut.
Kadar pengetahuan tentang komputer
Kadar pengetahuan saya tentang komputer hanya 85% kerana tidak sepenuhnya saya mengetahui tentang komputer. Saya perlu berlajar dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui tentang komputer supaya lebih mahir dalam menggunakan komputer dengan pelbagai kerja yang harus dilakukan sebagai seorang pelajar.
Thursday, 28 February 2013
Hidupku Bola Sepak
Biodata Saya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua yang menemui blog saya ini. Saya ingin menceritakan serba sedikit tentang hidup saya yang kini dalam proses untuk meningkat remaja.. :)
Nama saya ialah Nurhidayu Binti Arpandi. Nama Samaran saya pula Hidayu, Dayu atau Ayu.
Nama saya ialah Nurhidayu Binti Arpandi. Nama Samaran saya pula Hidayu, Dayu atau Ayu.
Saya dilahirkan pada 29 April 1993 bertempat di Kota Tinggi, Johor.
Saya mempunyai 4 orang adik-beradik,saya ialah anak ke-4 dan saya yang paling comel dan bagi siapa yang mengatakan saya ini seorang yang perasan kerana puji diri sendiri itu adalah orang yang mempunyai sifat cemburu dengan ciptaan Allah S.W.T beri untuk saya. :)
Hobi saya bersukan dan bermain berbagai-bagai permainan di Internet.
Bila ada masa yang sesuai saya akan menonton Bola Sepak tidak kira di mana jua berada. Pasukan Bola Sepak yang saya sokong dengan penuh semnagat ialah Chelsea FC.
Hanya Yang Terbaik Bola Sepak Hidupku!!! (^,^)
Hanya Yang Terbaik Bola Sepak Hidupku!!! (^,^)
Subscribe to:
Comments (Atom)

